BAJET 2013 !
Alhamdulillah,
Malaysia dikurniakan seorang pemimpin yang adil dan berwawasan jauh seperti
Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Dalam pembentangan
bajet 2013, golongan wanita juga dititikberatkan.
Inilah antara bajet
yang dibentangkan berkaitan dengan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
·
Memperuntukkan 50 juta ringgit bagi menyokong
dwi peranan wanita ini dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:
Pertama : Melatih 500 wanita di
bawah Program Pengarah Wanita untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah
syarikat;
Kedua : Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal
(I-KIT) akan dipertingkatkan untuk memberi khidmat nasihat dan latihan kepada
ibu tunggal dalam bidang keusahawanan;
Ketiga : Program
Get Malaysian Business Online(GMBO) bagi membantu 50 ribu usahawan
kecil, terutamanya wanita melonjakkan perniagaan dengan meningkatkan jualan
secara atas talian dengan geran seribu ringgit melalui peruntukan 50 juta
ringgit oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Keempat : Peruntukan 25 juta
ringgit untuk kemudahan pemeriksaan percuma ujian Mamogram. Langkah ini
dijangka dapat memanfaatkan seramai 100 ribu wanita berumur 40 tahun dan ke
atas.
·
Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA
di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan
diperuntukkan sebanyak 1.2 bilion ringgit meliputi program bantuan warga emas,
bantuan kanak-kanak, elaun pekerja orang kurang upaya serta bantuan penyakit
kronik.
·
Program 1AZAM atau Akhiri Zaman dan
memperuntukkan 400 juta ringgit yang dijangka dapat memanfaatkan seramai 58,330
peserta.
·
Menyediakan 2 pusat Anjung Singgah bertujuan
untuk menempatkan warga emas, kanakkanak jalanan dan mereka yang memerlukan
tempat tinggal sementara sebelum mereka mendapat pekerjaan atau kemudahan
tempat tinggal yang tetap.
# terima kasih dato’
^^, beruntungkan kita dilahirkan sebagai wanita :D