Jumaat, 12 Oktober 2012

PENDERAAN KANAK-KANAK




Assalamualaikum dan salam pembangunan keluarga (^_^)y
Isu yang kami ( group 4 ) ingin kongsikan dalam entry kali ni ialah tentang isu penderaan kanak-kanak.




  • Secara purata,7 kanak-kanak di Malaysia menjadi mangsa penderaan kanak-kanak setiap hari pada setiap tahun.
  • Secara definisi, pelaku penderaan kanak-kanak dan pengabaian adalah mereka yang bertanggungjawab untuk keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak (termasuk ibubapa, saudara-mara, dan pengasuh).
  • Statistik 2008 dari Jabatan Kebajikan Sosial menunjukkan daripada 2,780 kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia, 772 pelaku adalah ibu mangsa, sementara 494 kes membabitkan bapa mangsa.
  • penderaan keatas kanak-kanak terlalu sinonim dengan pembantu rumah,namun ibu bapa juga merupakan pendera keatas kanak-kanak tersebut.
  • Kebelakangan ini,rakyat Malaysia telah digemparkan dengan video kanak-kanak didera di salah sebuah taska tempatan.Isu ini telah membimbangkan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka di pusat jagaan seperti taska.





                                           





  • Terdapat beberapa jenis penderaan terhadap kanak-kanak :
    1. pengabaian
    2. penderaan fizikal
    3. penderaan emosi
    4. penderaan seksual
  • Impak penderaan adalah jauh lebih memudaratkan daripada kesan sertamerta yang ketara. 
  • Penderaan dikaitkan dengan kesan akibat jangka panjang dan jangka pendek, yang merangkumi kerosakan otak, perkembangan terbantut,kesukaran belajar, masalah menjalin persahabatan, tabiat agresif, dan kemurungan. 
  • Mangsa penderaan kanak-kanak dan pengabaian mungkin mengalami risiko lebih tinggi bermasalah di kemudian hari—seperti pencapaian akademik yang teruk, penggunaan dadah, kehamilan remaja, dan perbuatan jenayah—yang bukan sekadar menjejaskan kanak-kanak dan keluarga, malah masyarakat secara am.





PUNCA-PUNCA PENDERAAN KANAK-KANAK BERLAKU





Tekanan ibu bapa :
  • Biasanya bagi ibu bapa yang bekerja, mereka akan menghadapi tekanan yang besar. Apabila masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah, mereka akan melepaskan geram ke atas anak mereka yang tidak berdosa. Ibu bapa mugkin akan memukul, mencucuk puntung rokok, menerajang dan sebagai terhadap anak-anak mereka.

Masalah kepincangan rumah tangga :
  • seperti perkahwinan yang tidak sah, perbalahan antara ahli keluarga, ibu bapa yang ketagih dadah, kaki judi, sikap luar biasa terhadap perhubungan seks semuanya boleh mencetuskan penderaan terhadap kanak-kanak. 
Kesempitan hidup :
  • seperti pengangguran, kurang sumber kewangan dan kemudahan asas yang tidak mencukupi. Apabila sesebuah keluarga mengalami masalah kewangan, ini akan menyebabkan mereka menjadi panas baran sehingga melepaskan perasaan mereka ke atas anak-anak. Namun, masalah penderaan berlaku.
Kekurangan didikan agama :
  • Pengetahuan agama adalah amat penting kerana ia dapat memberi panduan yang terbaik dan tersusun dalam menguruskan keluarga. Islam telah menerapkan sifat yang baik yang perlulah kita contohi seperti tahap kesabaran yang tinggi dalam melayan kereneh anak-anak. Jadi, masalah penderaan mudah dicetus jika seseorang itu kekurangan ajaran agama.




                              




  •  Kanak-kanak merupakan generasi berharapan bagi negara kita.semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani masalah ini demi perkembangan kanak-kanak yang seimbang.
  • sayang dan kasihanilah kanak-kanak seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri.Mereka hanyalah insan lemah yang belum mengenal erti kehidupan sebenar didunia.







sumber :



Ahad, 23 September 2012

Masalah sosial, Gejala sosial, pembuangan bayi semakin menjadi-jadi



Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
 Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut di akibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.


Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah. 





Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.

Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

Dipetik daripada:
http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/23/gejala-pembuangan-bayi/