Khamis, 15 November 2012

BAJET 2013 !




 BAJET 2013 !



                                      


Alhamdulillah, Malaysia dikurniakan seorang pemimpin yang adil dan berwawasan jauh seperti Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Dalam pembentangan bajet 2013, golongan wanita juga dititikberatkan.
Inilah antara bajet yang dibentangkan berkaitan dengan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

·         Memperuntukkan 50 juta ringgit bagi menyokong dwi peranan wanita ini dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:

Pertama : Melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanita untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat;

Kedua :  Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) akan dipertingkatkan untuk memberi khidmat nasihat dan latihan kepada ibu tunggal dalam bidang keusahawanan;

Ketiga :  Program  Get Malaysian Business Online(GMBO) bagi membantu 50 ribu usahawan kecil, terutamanya wanita melonjakkan perniagaan dengan meningkatkan jualan secara atas talian dengan geran seribu ringgit melalui peruntukan 50 juta ringgit oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Keempat : Peruntukan 25 juta ringgit untuk kemudahan pemeriksaan percuma ujian Mamogram. Langkah ini dijangka dapat memanfaatkan seramai 100 ribu wanita berumur 40 tahun dan ke atas.


·         Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntukkan sebanyak 1.2 bilion ringgit meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja orang kurang upaya serta bantuan penyakit kronik.

·         Program 1AZAM atau Akhiri Zaman dan memperuntukkan 400 juta ringgit yang dijangka dapat memanfaatkan seramai 58,330 peserta.

·         Menyediakan 2 pusat Anjung Singgah bertujuan untuk menempatkan warga emas, kanakkanak jalanan dan mereka yang memerlukan tempat tinggal sementara sebelum mereka mendapat pekerjaan atau kemudahan tempat tinggal yang tetap.


 

 
# terima kasih dato’ ^^, beruntungkan kita dilahirkan sebagai wanita :D