
ALOR SETAR – Perkahwinan antara pasangan di bawah umur bukan satu
jenayah dalam Islam jika dengan berbuat demikian boleh menghalang
pasangan daripada terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, kata anggota
Exco Kedah.
“Jika ibu bapa pasangan bawah umur membenarkan perkahwinan,
sepatutnya tidak ada sebarang masalah, Pengerusi Jawatankuasa Agama
Islam, Pendidikan dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul.
Beliau berkata di bawah Undang-Undang Keluarga Islam Kedah, ibu bapa
yang mahu mengahwinkan anak-anak di bawah umur mereka dikehendaki
mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam.
Beliau berkata di dalam borang perkahwinan, pasangan dan ibu bapa
mereka mesti menyatakan umur pengantin perempuan dan pengantin lelaki
dan memberikan sebab perkahwinan.
Beliau berkata dalam kebanyakan kes, keputusan pasangan muda untuk berkahwin adalah bagi mengelakkan masalah sosial.
“Dalam kebanyakan kes ibu bapa membuat keputusan untuk membiarkan
anak-anak mereka untuk berkahwin kerana mereka tidak lagi boleh mengawal
mereka dan percaya bahawa, dengan berbuat demikian, mereka menghalang
remaja daripada melakukan dosa,” katanya Khamis.
Berdasarkan rekod Jabatan Agama Islam Kedah dari 2008 sehingga 2010,
terdapat 275 permohonan perkahwinan yang melibatkan individu di bawah
umur.
Beliau berkata 75 permohonan telah diterima pada tahun 2008, 99 pada tahun 2009 dan 101 pada tahun 2010.
Lebih daripada 90 peratus daripada mereka yang terlibat adalah gadis di bawah umur 16.
Mohamed Taulan berkata dalam Islam seseorang yang telah mencapai umur baligh boleh berkahwin.
Ditanya mengenai kadar perceraian yang melibatkan perkahwinan di
bawah umur, Mohamed Taulan berkata ia adalah lebih kurang sama seperti
pasangan lain.
“Bagi pasangan muda, masalah boleh berlaku jika suami tidak mempunyai pendapatan tetap atau menganggur.
“Tetapi jika pasangan itu mempunyai sokongan yang baik daripada ibu
bapa mereka, termasuk sokongan kewangan, mereka tidak mempunyai banyak
masalah,” katanya. – mStar Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan