Generasi
Y atau ‘generasi Millenium’ ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada
kelompok generasi manusia yang lahir sekitar tahun 1977 hingga 1997.
Namun ada juga yang berbeza dalam
menentukan tarikh bagi kelompok ini.Contohnya, terdapat beberapa tokoh seperti
William Strauss dan Neil Howe’s yang memulakan tarikh permulaan bagi generasi
ini pada 1982 hingga penghujung tahun ’90-an.
Walaupun berbeza dari sudut
penentuan tahun, namun kelompok generasi Y (berumur antara 11 hingga 31 tahun)
ini sebenarnya berkongsi ciri-ciri ketara yang sama berdasarkan kepada keadaan
zaman ketika kelahiran mereka seperti peristiwa-peristiwa penting yang berlaku,
peranan pemimpin, pembangunan dan kecenderungan zaman ketika itu.
Ciri-ciri lain generasi-Y dan
lain-lain seperti rajah di bawah;
click pada gambar untuk paparan lebih jelas
Antara ciri yang boleh disebutkan
di sini ialah
1- keinginan untuk bebas bersuara dan membuat pilihan,
2- menghargai
keterbukaan,
3- cenderung kepada membina hubungan di antara satu sama lain,
4- interaktif serta inginkan sesuatu secara pantas.
Jika dibuat perbandingan,
ciri-ciri ini turut dikongsi bersama ‘generasi X’(berumur antara 32 hingga 44
tahun).Tambahan pula,sekiranya kelompok generasi X dan generasi Y ini
dijumlahkan, mereka mewakili 42 % dari penduduk Malaysia yang sedia ada.Ini
bermakna,hampir separuh rakyat Malaysia adalah golongan generasi muda dan
remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun.
Manakala,generasi Z yang mewakili
38 % daripada jumlah penduduk Malaysia adalah kanak-kanak yang masih berada di
bangku sekolah dan selebihnya adalah kelompok yang berusia 45 tahun dan ke
atas.
Membangun dan meroboh
Barangkali ramai yang sudah
terdedah dengan fakta ini. Penentuan kelompok generasi kelahiran ini bukanlah
sekadar angka dan bilangan.Manusia yang lahir akan datang dan pergi, akan
bertambah dan mungkin juga akan berkurangan.
Ertinya,jika diperhatikan dengan
teliti,dalam tempoh masa terdekat ini,kelompok generasi Y bakal menerajui hala
tuju masa hadapan bermula dengan institusi kecil keluarga,masyarakat
setempat,negeri dan seterusnya ke peringkat negara.
Namun,jika ditimbang antara
tanggungjawab yang bakal dipikul dan situasi semasa yang melingkari kehidupan
kita ketika ini,hanya menampakkan pertumbuhan generasi Y ke arah perkembangan
positif yang masih terumbang-ambing.
Tidak cukup dengan statistik
kebejatan sosial yang semakin membarah dalam kalangan generasi muda yang
ketinggalan di dalam pelajaran atau masih di bangku sekolah,ia turut merebak
kepada kelompok golongan terpelajar di institut pengajian tinggi. Perkara ini
yang amat membimbangkan. Apakah sandaran harapan yang kita ada?
Peranan dan tanggungjawab
Setelah lebih 50 tahun
merdeka,pembinaan generasi pewaris di Malaysia berada di tahap yang
mengecewakan.Di kala pihak yang bertungkus-lumus mendidik dan membangun
generasi ini dengan acuan yang sewajarnya, terdapat segelintir pihak yang hanya
tahu merobohkan tanpa sedar dengan alasan kebebasan dan kemajuan tamadun serta
hak asasi manusia.
Akibatnya,generasi muda
seolah-olah sudah hilang arah. Walaupun menurut kajian, kelompok ini mempunyai
ciri-ciri yang agak istimewa, namun ia tidak lagi mempunyai kelebihan berbanding
kelompok yang jika mereka diurus dengan kaedah atau pendekatan yang tidak
munasabah.
Realitinya, kita tidak berkuasa
mengubah masa lepas kerana ia sudah jauh meninggalkan kita. Kita juga tidak
berupaya menguasai masa hadapan kerana tidak diketahui apa yang bakal
menanti. Apa yang ada di tangan kita hanyalah masa kini yang perlu dibentuk
dengan acuan yang betul agar masa hadapan dapat dinikmati dengan sebaiknya.Masa
depan negara seterusnya terletak di tangan generasi Y.
Persoalannya, adakah kita sudah
bersedia untuk menerajuinya?



